Sejarah Emas

Emas ialah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Au (L. aurum) dan nombor atom 79. Emas adalah logam berharga yang dicari-cari untuk syiling, barang kemas dan hasil seni lain sejak zaman dahulu lagi. Logam ini secara asli boleh didapati dalam bentuk ketulan nuget atau butir kecil dalam batuan, atau mendapan aluvial. Kadang-kadang ia juga boleh didapati dalam sebatian emas selalunya dengan tellurium. Logam emas adalah padat, lembut, berkilat, dan logam asli yang paling mudah ditempa dan mulur. Emas tulen mempunyai warna kuning terang dan dianggap menarik dan warna ini kekal tanpa mengalami pengoksidaan udara atau air. Emas adalah logam yang dibuat syiling dan berfungsi sebagai simbol kekayaan dan penyimpan nilai sepanjang sejarah manusia. Standard emas telah menyediakan asas untuk dasar kewangan. Ia juga telah dikaitkan dengan pelbagai simbolisme dan ideologi. Sebanyak 165,000 tan emas telah dilombong dalam sejarah manusia pada tahun 2009.[1] Ini lebih kurang sama dengan 5.3 bilion ons troy atau, dari segi isipadu ialah sekitar 8.500m³. Penggunaan emas baru di dunia adalah sekitar 50% sebagai barang kemas, 40% pelaburan, dan 10% dalam industri. Walaupun digunakan terutamanya sebagai simpanan nilai, emas mempunyai banyak kegunaan industri moden termasuk pergigian dan elektronik. Emas digunakan kerana daya ketahanan yang baik terhadap pengakisan dan konduktor elektrik yang sangat bagus. Secara kimia, emas merupakan logam peralihan. Dibandingkan dengan logam lain, emas tulen secara kimianya paling reaktif, mempunyai ketahanan terhadap asid tetapi kurang berkesan terhadap regia aqua asid campuran akua regia yang boleh melarutkan emas. Emas juga larut dalam larutan alkali sianida yang digunakan dalam perlombongan. Emas juga larut dalam merkuri dan membentuk sebatian amalgam. Emas tidak larut dalam asid nitrik, yang boleh melarut logam perak dan logam asas dan sifat ini digunakan untuk mengesahkan kewujudan emas dalam sesuatu benda. Kod matawang ISO bagi emas ialah XAU.

Kualiti Emas

  • 24 carat (99.9% ketulenan atau lebih tinggi) (emas sepuluh)
  • 22 carat (emas 916, 91.6%)
  • 21 carat (87.5%)
  • 20 carat (83.3%)
  • 18 carat ( 75.0% emas) emas yang mempunyai batu. (cincin tunang, cincin perkahwinan)
  • 14 carat ( 58.5%) emas campur , biasa digunakan orang-orang tua kita dulu kala
  • 10 carat ( 41.7%)
  • 9 carat (37.5%) emas suasa, biasanya dijadikan cincin lelaki.


  • Informasi
  • Sejarah Emas
  • Terma dan Syarat
  • Proses Pembayaran
  • Kelebihan Ahli
  • Cawangan Kami
  • Pahang
  • Keratong
  • Muadzam
  • Terengganu
  • Dungun
  • Kemaman
  • No Telefon Cawangan
  • Dungun
    09.842 2866
  • Keratong
    09.445 5950
  • Muadzam
    09.452 5950
  • Kemaman
    09.858 2555
  • © 2017 Kedai Emas Ariffin Sdn Bhd | developed by : onewoorks.com